
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak
berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa
serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia
sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.
Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit
pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin
sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia
tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum
ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya
kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia
apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak
menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan
menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting
bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada
berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta
kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang
sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya
rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka
rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan
dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan
kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu
perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi
membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan
dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini
kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami
diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka,
dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.
Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak
kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga
bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri
lagikan tergigitâ€, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di
saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika
ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di
kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan
bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan
tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan
sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan
Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah
dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia
hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui
mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk,
insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan