My Beloved Follower

Isnin, 9 April 2012

Secebis Rindu Secebis Rindu

Jika rindu ini bertakhta lagi, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum
Andai rindu ini menarik resah, kepadaMu aku pasrah
Andai pencarian ini masih belum ku temui, ya Allah damaikanlah hati
Kembara cinta ini tidak ku harap bersemi dengan serakah
Cinta kepadaMu ya Rahman destinasi kasih terlaksana
Kasih diberi, cinta yang dicari tidak sama dengan gerak geri
Hasil diperolehi, kesan melakar diri rupanya bayangan duniawi
Kuntuman bunga pada kata-kata yang bukan hakikat
Seri kelopak mawar pada bibir yang bijak bertongkah sifat
Kening dikerut, minda bertaut bertanyakan dia
Biarlah resah menarik sepi
Biarlah kecewa meratap pergi
Biarlah kasih mengikat diri
Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu
Serikanlah taman hati, bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..

Sabtu, 10 Mac 2012

JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA.. JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA..

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥