My Beloved Follower

Selasa, 6 September 2011

PERKARA2 Y MEMBATALKAN IMAN PERKARA2 Y MEMBATALKAN IMAN

1.SYIRIK
SYIRIK brmksd menyekutukan Allah dgn sesuatu pada Zat,sifat dan af'alNya.. ia berlku melalui pemujaan,penymbahan, permintaan, perlindungan dn kepatuhan kpd sesuatu selain Allah
Syirik terbahagi kpd 2 iaitu:
  1. Syirik jali-perlkuan syrk scra terang.contohnya menymbah patung,matahri,bintang dan sbgainya selain Allah SWT..
  2. Syirik khafi-perlkuan syirk scra tersmbunyi..contohnya takbur,riak,ujub

2.KUFUR
KUFUR brmksd x prcya kpd Allah serta mengingkari ajarn y dsmpaikn oleh nabi Muhammad saw. Orang yang melukakn perkara ini digelar KAFIR dan akan dilaknat Allah seperti firman Allah y brmaksd: "dan mereka yang kafir ,maka celakanlah bagi mereka,dan (Allah) mensia-siakan amalan mereka. yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah (Al-quran) lalu Allah membatalkan amalan mereka"(surah Muhammad 47:ayat 8-9)
Kufur tebhagi kpd 2 iaitu
  1. Kufur hakiki- engkar @ menfikan rukun iman dan syriat y dbw oleh Rasulullah saw... contohnya x mengakui balasn akhirat, menlak hukum y terdpt dlm Al-quran sperti golongan y mengmlkn ajaran qadyani,batiniyah dan zaidiyah.. (golongan2 ini merupakn orng islam yang sesat dan x dpt menrima kselurhan ajaran Al-quran.. oleh itu mereka mencipta ajaran sndri), magatakan solat fardhu merugikan masa dll.
  2. Kufur nikmat- meningkari Allah sbgai pembri nikmatkpd manusia dan makhluk ciptaanNya.. contohnya menggunakh nikmay kejln maksiat,enggan mengeluarkan zakat(ar-riddah), boros berblanja dll..

3.RIDDAH
RIDDAH brmksd brpaling dan keluar drpd islam.Orang y melkukan riddah jgar dglar MURTAD. Prbuatn ni sgt dilrang Allah sebgaimn djlskan dlm Al-quran, firman Allah y bermksud: "dan sesiapa antara kamu murtad(berpaling tadah) dari agamanya(agama islam) lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka rosaklah amal usahanya(yang baik) didunia dan diakhirat mereka itu ahli neraka kekal didalamnya(selama-lamanya)"
(surah Al-baqarah 2:ayat 217)

Seseorng yang boleh mnjd murtad apabila brlku 3 perkra ini iaitu:
  1. iktikad - berniat hndak mninggalkan islam
  2. perktaan - mengisytharkandri keluar dri islam
  3. perbuatn - mnganut agama lain selain agam islam

4.KHURAFAT
KHURAFAT brmksd kepercayaan dan perbuatn karut y dianggap mmpunyai hbngan dgn agam islam sdngkan ia bercanggah dgn konsep tauhid dan syriat islam...contohnya mmpercyai azimat y boleh menhan sesuatu bahaya kpd seseorng dll..

5.SIHIR
SIHIR brmksd ilmu y bekaitn perbuatn scra halus melalui pertlongan makhluk  ghaib, iaitu syaitan atau jin brtujuan memudratkan manusia. Firman Allah y  brmksd:  " dan sebenarnya nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi syaitan itulah yang kufur, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir"  (surah Al-baqarah 2: ayat 102)

6.NIFAK
NIFAK brmksd berpura2 melhirkan keislaman sedngkan hatinya ttp kufur kdp Allah SWT.. Orang yang mengamalkan sifat ini digelar MUNAFIK. Firman Allah y brmksd:  " mereka mengaku beriman kepada Allah dab hari akhirat sedangkan sebenarnya mereka tidak beriman" ( surah al-baqarah 2: ayat 8)

 Berdasarkan sebuah hadis: Abdullah bin Umar bin Asy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda" sesiapa yang ada padanya empat perkara tersebut jadilah dia seorang yang benar-benar munafik. sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik sehinggalah dia meninggalkannya: iaitu apabila bercakap dia berdusta,apabila diberi amanat dia khianat, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila bertengkar dia melampaui batas" (al-bukhari)

Isnin, 5 September 2011

ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.
Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama – Zikir dengan lisan saja.
Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :
“Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”.
Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga” – Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-
Pertama – Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
Kedua – Menimbulkan kejernihan,
Ketiga – kemanisan pada hati dan wajah.
Keempat – Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

Kelima – Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.
Keenam – Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
Ketujuh – Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.
Kelapan – Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
Kesembilan – Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
Kesepuluh – Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
Kesebelas – Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
Kedua belas – Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Ketiga belas – Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.

~ sekadar perkongsian ilmu...semoga bermanfaat ~